Pelanggan masih mempunyai baki pembiayaan setelah pembatalan dibuat, kemungkinan adalah disebabkan oleh:
i. Pembatalan pembiayaan selepas satu (1) tahun dari tarikh kelulusan pembiayaan dan pengeluaran bayaran polisi gadaijanji sahaja, pihak Panel Insurans/ Takaful akan membuat pemulangan ke atas Nilai Serahan Tunai. Sekiranya akaun pembiayaan masih berbaki, pihak LPPSA akan mengeluarkan notis tuntutan atas baki tersebut kepada pelanggan.
ii. Pembatalan pembiayaan yang dibuat selepas pengeluaran bayaran polisi gadaijanji dan hartanah, pihak LPPSA akan menuntut jumlah bayaran yang telah dikeluarkan (hartanah dan insurans/ takaful) kepada pelanggan termasuk faedah yang dikenakan.