SOALAN LAZIM

Sekiranya pelanggan meninggal dunia, ilat atau menghidap penyakit kritikal, waris, pelanggan atau Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan kepada LPPSA dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:

i. Borang Pemberitahuan Kematian pelanggan; atau
ii. Borang Pemberitahuan Keilatan/ Penyakit Kritikal pelanggan.

Borang dan dokumen sokongan yang diperlukan boleh dimuat turun dari laman sesawang LPPSA di >> Sini dan diposkan ke alamat LPPSA atau secara atas talian melalui portal e-Tiket di pautan e-Tiket.

Pelanggan juga boleh memberi makluman bagi kes keilatan secara atas talian melalui Borang Online di portal LPPSA – https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/ – Pemberitahuan Keilatan.
Jumlah bayaran pampasan kematian/ keilatan/ penyakit kritikal ditentukan atas penilaian yang dibuat oleh pihak Panel Insurans/ Takaful berdasarkan jadual pengurangan baki terkini.

Setelah bayaran pampasan diterima dari pihak Insurans/ Takaful, pihak LPPSA akan mengkreditkan jumlah tersebut untuk menyelesaikan baki pembiayaan. Bagi akaun pembiayaan yang mempunyai lebihan bayaran, amaun tersebut akan dipulangkan semula kepada waris atau pelanggan. Sekiranya akaun pelanggan masih berbaki, pihak LPPSA akan mengeluarkan notis tuntutan atas baki tersebut kepada waris atau pelanggan.
LPPSA akan mengeluarkan surat Pengesahan Baki Pembiayaan Perumahan kepada waris atau pelanggan setelah menerima bayaran pampasan kematian/ keilatan/ penyakit kritikal dari pihak Insurans/ Takaful. Sekiranya pelanggan atau waris tidak menerima surat menyurat daripada LPPSA atau pihak Insurans/ Takaful, pelanggan boleh menghantar pertanyaan di pautan e-Tiket
Pelanggan masih mempunyai baki pembiayaan setelah bayaran pampasan diterima, kemungkinan adalah disebabkan oleh:

i. Jumlah pampasan yang diterima tidak mencukupi disebabkan terdapat tunggakan bayaran balik pada akaun
ii. Tiada perlindungan insurans/ takaful.
iii. Punca kematian, keilatan atau penyakit kritikal pelanggan dibawah pengecualian manfaat polisi gadaijanji pelanggan.
iv. Polisi insurans/ takaful gadaijanji telah tamat tempoh sebelum tarikh kematian, keilatan atau menghidap penyakit kritikal.
Tuntuan Pampasan Kematian akan dibuat oleh LPPSA kepada syarikat Insurans/ Takaful dan waris atau Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan kepada LPPSA dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:

i. Borang Pemberitahuan Kematian pelanggan; atau
ii. Borang Pemberitahuan Keilatan/ Penyakit Kritikal pelanggan.

Borang yang diperlukan boleh dimuat turun dari laman sesawang LPPSA di >> Sini dan diposkan ke alamat LPPSA atau secara atas talian melalui portal e-Tiket di pautan e-Tiket
Bagi tujuan bayaran penyelesaian pembiayaan, waris pelanggan perlulah menggunakan nombor Akaun Maya CIMB (VA) 98«no akaun baru pelanggan» yang dikhususkan kepada pelanggan melalui kaedah yang tertera di bawah:

1) Tunai di Kaunter CIMB seluruh Malaysia, atau;
2) Atas talian (Online) melalui IBG, IBFT, RENTAS, Maybank2U atau CIMBClicks, atau;
3) Mesin layan diri CIMB Bank (ATM atau Deposit Tunai)

Tatacara pembayaran (E-bayaran) boleh dirujuk pada laman web rasmi LPPSA dipautan >> Sini
LPPSA akan membuat tuntutan pampasan kematian daripada panel insurans/Takaful bagi menyelesaikan baki pembiayaan pelanggan yang meninggal dunia dan akan memulangkan lebihan bayaran sekiranya ada kepada pasangan atau waris setelah pembiayaan selesai.

Bagi akaun pembiayaan yang masih berbaki setelah tuntutan bayaran pampasan diterima, LPPSA akan mengeluarkan notis tuntutan atas baki tersebut kepada pasangan atau waris bagi menyelesaikan baki pembiayaan.
LPPSA hanya akan memulangkan semula geran dan lebihan baki kredit (jika ada) setelah pihak waris mengemukakan salah satu salinan dokumen berikut:

1. Surat Perintah Pembahagi Harta, Ordinance (Pembahagian) Harta Pesaka Kecil,1985 yang lengkap dengan maklumat Harta Alih yang kena dibahagikan dan Harta Tak Alih yang kena dibahagikan sekiranya harta bernilai kurang dari RM 2,000,000; atau
2. Surat perintah Mahkamah bagi asset harta bernilai kurang atau lebih RM 2,000,000; atau
3. Surat Kuasa Pentadbiran (Letter Of Administration) yang dikeluarkan oleh pegawai Pejabat Tanah atau Mahkamah Tinggi; atau
4. Surat Kuasa (Grant of Probate) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi.

Pemilik sebenar adalah tertakluk sepertimana waris yang tertulis dalam salah satu dokumen yang dinyatakan di atas.

Bagi urusan pemulangan baki kredit, waris perlu melengkapkan Borang Permohonan Tuntutan Lebihan Bayaran Dan Pemulangan Dokumen Hakmilik. Borang ini boleh dimuat turun dari >> Sini
Pelanggan yang telah disahkan menghidap penyakit kritikal dan telah mendapat pencen selepas bersara atas sebab kesihatan melalui tuntutan Ex-Gratia boleh mengemukakan permohonan tuntutan pampasan kepada LPPSA untuk dihantar kepada panel insurans/takaful dengan menghantar dokumen berikut:

1. Borang pemberitahuan keilatan/penyakit kritikal;
2. Surat pemohonan pampasan penyakit kritikal oleh pelanggan;
3. Laporan Kesihatan daripada hospital; dan
4. Surat kelulusan persaraan daripada Jabatan disebabkan oleh masalah kesihatan.

LPPSA menyarankan agar pelanggan merujuk kepada panel insurans/takaful yang berkaitan berkenaan polisi gadaijanji yang diambil bagi mengenalpasti jenis-jenis perlindungan yang dilindungi. Sekiranya penyakit yang dihidapi menepati syarat-syarat yang ditetapkan di samping laporan perubatan yang disahkan oleh Lembaga Perubatan, panel insuran akan membuat pembayaran terus kepada LPPSA dan status akhir akan dimaklumkan kepada pelanggan setelah bayaran pampasan disahkan terima oleh LPPSA.

Namun, sekiranya permohonan pelanggan tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan, pelanggan hendaklah menghubungi pihak LPPSA semula untuk urusan potongan pencen.