Bayaran secara terus kepada LPPSA perlulah dibuat dengan menggunakan nombor Akaun Virtual CIMB (VA) 98 (no akaun baru peminjam) melalui kaedah yang tertera di bawah :
1) Tunai di Kaunter CIMB seluruh Malaysia atau;
2) Online melalui IBG, IBFT, RENTAS, Maybank2U atau CIMBClicks, atau;
3) Mesin layan diri CIMB Bank (ATM, Deposit Tunai dan Deposit Cek)
Tatacara pembayaran boleh dirujuk pada laman web rasmi LPPSA https://myfinancing.lppsa.gov.my/my/pelanggan-sedia-ada