Syarat layak bagi permohonan pembiayaan bersama adalah:
Pinjaman Bersama 1 (PB 1)
Setiap pemohon hendaklah merupakan kakitangan sektor awam dimana kedua-duanya menggunakan pembiayaan LPPSA; atau
Pinjaman Bersama 2 (PB 2)
Sekurang-kurangnya seorang daripada pemohon adalah kakitangan sektor awam;
Bagi pemohon pembiayaan bersama yang bukan kakitangan sektor awam, pemohon boleh menggunakan pembiayaan institusi kewangan atau agensi yang mempunyai skim pembiayaan perumahan sendiri dan bersetuju menjadi pemegang gadaian kedua.
Ilustrasi adalah seperti di bawah:-
|
Pemohon 1 |
Pemohon 2 |
Pinjaman Bersama 1 (PB1) |
LPPSA (Kakitangan Sektor Awam) |
LPPSA (Kakitangan Sektor Awam) |
Pinjaman Bersama 2 (PB2) |
LPPSA (Kakitangan Sektor Awam) |
Bank (Kakitangan Swasta) |