Bagi kes kematian, waris pelanggan perlu kemukakan salah satu
dari dokumen di bawah untuk urusan pelepasan gadaian dan hakmilik kepada waris yang berkenaan:-
1. Surat Perintah Pembahagian Harta, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang dikeluarkan oleh Pegawai Pejabat Tanah, yang lengkap dengan maklumat harta tak alih (Jadual I) dan harta alih (Jadual II) bagi jumlah nilaian keseluruhan harta tidak melebihi RM 2 juta; atau
2. Surat Kuasa Mentadbir Harta yang dikeluarkan oleh Pegawai Pejabat Tanah bagi jumlah nilaian keseluruhan harta tidak melebihi RM 2 juta; atau
3. Surat Kuasa Pentadbiran (Letter of Administration) / Grant of Probate yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi bagi jumlah nilaian keseluruhan harta melebihi RM 2 juta; atau
4. Surat Perintah Mahkamah; atau
5. Surat Akuan Pentadbiran Harta oleh Amanah Raya Berhad.
Sekiranya tiada, mohon pihak waris untuk kemukakan maklumat berikut melalui Portal Etiket - https://etiket.lppsa.gov.my/ untuk pihak kami mengeluarkan surat perintah pembahagian harta pusaka bagi mendapatkan salah satu dokumen di atas:-
Nama pelanggan :
No K/p pelanggan :
Nama Waris :
No K/p Waris :
Alamat Surat Menyurat :
Alamat E-mel :
No Tel :
Setelah salah satu dokumen tersebut diperolehi, majukan dokumen tersebut bersama maklumat waris ke LPPSA.