Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan sekiranya terdapat lebihan baki kredit iaitu:
Kaedah 1 – Melalui atas talian Portal E-Settled/Jaccess seperti di pautan berikut
a. Daftar Masuk di link ini: https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal
b. Portal e-Settled - https://services.lppsa.gov.my/e-settled
Kaedah 2 - Melalui serahan tangan di Kaunter Pusat LPPSA
Dokumen yang diperlukan:
I. Salinan kad pengenalan peminjam / waris
II. Maklumat akaun bank peminjam / waris
III. Dokumen pembahagian harta pusaka (bagi kes kematian sahaja)
IV. Borang permohonan yang telah lengkap diisikan dan ditandatangan
Kaedah 3 - Melalui pos ke alamat LPPSA seperti di bawah
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
No. 9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya