Untuk makluman, surat Arahan Potongan Gaji ini dikeluarkan sekiranya terdapat perubahan pada tempat bertugas, Pejabat Perakaunan, Pusat Pembayar atau Jabatan peminjam. Oleh itu, peminjam boleh mengabaikan surat Arahan Potongan Gaji (APG) yang telah dikeluarkan sekiranya potongan telah dilaksanakan ke akaun pembiayaan seperti yang tertera pada surat APG.
Sekiranya peminjam bertukar jabatan atau tempat bertugas, mohon sertakan slip gaji dan alamat lengkap tempat berkhidmat baharu di portal e-tiket
https://etiket.lppsa.gov.my/